ALLAH berfirman :

"...dan boleh jadi kamu BENCI akan sesuatu, sedang ia lebih BAIK bagimu dan boleh jadi MENYUKAI sesuatu , sedang ia LEBIH BURUK (melarat) bagimu..."
(al-baqarah : 216)

Friday, September 21, 2012

Mampukah aku?


dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang.




Mampukah aku menjadi seperti

Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan
Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan
fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti
Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan
penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah
Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa
berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu
syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.



Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih
merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.



Dapatkah aku mengikut jejak Siti
Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam
jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah
balasannya,
Bahagia adalah miliknya.



Mampukah aku menjadi wanita
solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah..

* moga Allah s.w.t redha

No comments:

Post a Comment