ALLAH berfirman :

"...dan boleh jadi kamu BENCI akan sesuatu, sedang ia lebih BAIK bagimu dan boleh jadi MENYUKAI sesuatu , sedang ia LEBIH BURUK (melarat) bagimu..."
(al-baqarah : 216)

Friday, September 21, 2012

Hantaran/mahar tinggi menggunung?

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Alhamdulillah, menjengah ke penghujung tahun, makin ramai sahabat-sahabat mendirikan masjid.
Alhamdulillah. Alfu mabruk wa barakallah buat kalian dan pasangan. Moga masjid yg dibina kekal hingga ke syurga. InsyaALLAH, niat mendirikan masjid kerana Allah, kerana Redha Allah, akan kekal berpanjangan.
Namun isu yg sering diperkatakan hari ini hantaran/mas kahwin. Kenapa dan mengapa ia terlalu tinggi? Kadang kala jika rendah juga akan diperkatakan? Benar? Alahai manusia. *smile


Tatkala melihat coretan gambar di atas hati terkejut, terkedu. Allahuakhbar.
Jika ia benar-benar diikuti dipraktikan. Akan meningkatlah status bujang di negara Malaysia ini.
Duhai kaum hawa, duhai ibu dan bapa jangan dirimu meletakkan hantaran/mahar yg terlalu tinggi sehingga membebani kaum adam. Perkahwinan bukan sehari, tapi berhari-hari, insyaALLAH sehingga malaikat mengambil nyawa kita. Perkahwinan ini, perkara yg mudah. Namun, jangan menyukarkannya. Cukuplah apa yg termampu. Jangan takut dipandang rendah oleh manusia dek kerana hantaran/mahar yg murah.
(coretan ana)

Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w.
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,
"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.
Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
(coretan iluvislam)
Rasulallah SAW bersabda,


"Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya" 
(HR Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)


Ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Rasulallah saw bersabda,

"sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan mas-kahwinnya" 
(HR Ath-Thabrani)

*moge Allah s.w.t redha.





No comments:

Post a Comment