ALLAH berfirman :

"...dan boleh jadi kamu BENCI akan sesuatu, sedang ia lebih BAIK bagimu dan boleh jadi MENYUKAI sesuatu , sedang ia LEBIH BURUK (melarat) bagimu..."
(al-baqarah : 216)

Friday, September 21, 2012

Hantaran/mahar tinggi menggunung?

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Alhamdulillah, menjengah ke penghujung tahun, makin ramai sahabat-sahabat mendirikan masjid.
Alhamdulillah. Alfu mabruk wa barakallah buat kalian dan pasangan. Moga masjid yg dibina kekal hingga ke syurga. InsyaALLAH, niat mendirikan masjid kerana Allah, kerana Redha Allah, akan kekal berpanjangan.
Namun isu yg sering diperkatakan hari ini hantaran/mas kahwin. Kenapa dan mengapa ia terlalu tinggi? Kadang kala jika rendah juga akan diperkatakan? Benar? Alahai manusia. *smile


Tatkala melihat coretan gambar di atas hati terkejut, terkedu. Allahuakhbar.
Jika ia benar-benar diikuti dipraktikan. Akan meningkatlah status bujang di negara Malaysia ini.
Duhai kaum hawa, duhai ibu dan bapa jangan dirimu meletakkan hantaran/mahar yg terlalu tinggi sehingga membebani kaum adam. Perkahwinan bukan sehari, tapi berhari-hari, insyaALLAH sehingga malaikat mengambil nyawa kita. Perkahwinan ini, perkara yg mudah. Namun, jangan menyukarkannya. Cukuplah apa yg termampu. Jangan takut dipandang rendah oleh manusia dek kerana hantaran/mahar yg murah.
(coretan ana)

Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w.
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,
"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.
Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
(coretan iluvislam)
Rasulallah SAW bersabda,


"Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya" 
(HR Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)


Ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Rasulallah saw bersabda,

"sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan mas-kahwinnya" 
(HR Ath-Thabrani)

*moge Allah s.w.t redha.





Mampukah aku?


dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang.




Mampukah aku menjadi seperti

Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan
Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan
fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti
Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan
penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah
Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa
berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu
syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.



Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih
merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.



Dapatkah aku mengikut jejak Siti
Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam
jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah
balasannya,
Bahagia adalah miliknya.



Mampukah aku menjadi wanita
solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah..

* moga Allah s.w.t redha

Saturday, September 1, 2012

Perkahwinan yang cukul simple & sedap mata memandang

Alhamdulillah, 27 ogos 2012 Pencaramah yg diminati ramai yakni Ustaz Don telah selamat menjadi imam buat suri hatinya Ustazah Husna.
Mabruk wa barakallah buat ustaz & ustaz.
Amat kagumi pernikahan beliau. cukup ringkas dan sedap mata memandang. Alhamdulillah. Pernikahan beliau telah membuka ramai mata betapa indahnya perkahwinan berlandaskan ISLAM.
Di sini ana ada selitkan beberapa keping gambar dari fb Nadia Zahari & Photiline Creative Studio dan perbualan Ustaz Don bersama photographernya.
Moge memberi manfaat buat kita semua.
( ku impikan pernikah sedemikiah, hihihi sempat menyelit ", )



Doa yang dibaca tatkala ustaz meletakkan tangannya di bahagian depan kepala :
“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’
 (Riwayat Abu Daud)






Sekitar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal...

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


* moga Allah s.w.t redha

Puisi Untuk Mu

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

my sis, this poem is for you.